PIJ Manufacturing Sdn Bhd (PIJM) ialah anak syarikat PIJ Holdings Sdn Bhd, entiti milik penuh Perbadanan Islam Johor. Ditubuhkan pada 29 Oktober 1994, sebelum ini dikenali sebagai Perisind Manufacturing Sdn Bhd. Perisind Manufacturing Sdn Bhd telah dikorporatkan pada tahun 1995 dengan modal berbayar bernilai RM10 juta. Pada 10 Ogos 2009, Perisind Manufacturing Sdn Bhd kemudiannya menukar namanya kepada PIJ Manufacturing Sdn Bhd.
PIJM kini giat merintis penerokaan pasaran domestik melalui produk daging sejuk beku segar jenama PIJM serta pembekalan lembu korban sebagai persediaan menjadi pemain utama pembekal daging Halal bagi memenuhi inisiatif jaminan keselamatan bekalan makanan negeri Johor. Selain dari itu, PIJM juga menawarkan program kursus latihan dan perkhidmatan pembekalan barang asas kepada syarikat yang memerlukan khidmat pembekalan.
Menjadi sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) bertaraf antarabangsa dalam kepelbagaian bisnes melalui perdagangan dan pelaburan modal teroka.
Ke arah pembangunan pusat sehenti bagi makanan sejuk beku Halal serantau melalui
kerjasama strategik bagi segmen Pasaran Tempatan dan Antarabangsa.